16 Mei 2009

Cara Pemasangan LCD Projektor

Masalah yang biasa berlaku apabila para guru hendak memasang LCD Projektor ialah tiada paparan yang keluar pada layar, ataupun hanya keluar paparan pada satu tempat sahaja seperti terdapat paparan pada layar tetapi tiada pada monitor atau sebaliknya.Beberapa cara boleh dicuba untuk memastikan paparan LCD keluar. Antaranya adalah :

1. Penggunaan Kekunci Khas
2. Seting Graphics Properties

1- PENGGUNAAN KEKUNCI KHAS

Biasanya, sesebuah komputer riba mempunyai butang kekunci yang mempunyai lebih dari satu aksara. Lihat gambar di bawah


#KEKUNCI KHAS Fn + F7

Apabila semua kabel yang berkenaan telah disambungkan dengan betul,komputer dan LCD telah dihidupkan,disinilah gunanya butang kekunci Fn dan F7...rujuk gambar...



Kedua-dua butang tersebut perlu ditekan serentak dan tunggu seketika. Paparan sepatutnya akan keluar pada layar dan pada monitor jika tiada sebarang masalah lain.

***Nota...Kekunci khas butang Display adalah berbeza mengikut jenama dan model laptop. Terdapat laptop yang mana butang Display berada pada F3 atau F5 atau F8. Lihat gambar di bawah,perbezaan kedudukan butang Display pada laptop yang berbeza...




2- SETTING GRAPHICS PROPERTIES

Ini adalah cara yang kedua. Sedikit teknikal kerana guru perlu tahu fungsi dan kegunaan Seting Graphics Properties dan kedudukannya. Ikuti langkh-langkah di bawah...

1- Klik kanan pada ikon Graphic Media Accelerator Driver pada taskbar. Rujuk gambar...


2. Satu pop up menu akan keluar (seperti bambar di atas-bergantung jenis grafik adapter notebook anda. Cth ini adalah menggunakan Intel Graphics).

3. Pilih graphics options.


4. Tetingkap "display properties" akan muncul. Rujuk gambar


5. Pilih menu yang menawarkan “dual display” @ “display klon” dan pilihlah mana-mana menu yang ada untuk paparan LCD anda
6. Klik butang "Apply" dan "OK".
7. Dalam beberapa ketika,paparan seharusnya keluar pada layar dan monitor.

Selepas melakukan salah satu dari dua langkah di atas....paparan akan muncul pada layar tanpa sebarang masalah.

~Semoga Berjaya~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan